assalammualaikum , nama saya nur syafrina binti abdul manaf . saya berumur 15 tahun . saya bersekolah di smk gunung rapat ipoh perak . saya menetap dia sri garden . saya baru sebulan tamat menduduki PMR yang sangat menyakitkan jiwa dan raga saya . kenape saya berkata sebegini rupa ? kerana saya tidak belajar . kerja saya di rumah hanyalah tidur dan makan jajan sahaja . saya memang begini . maaflah . ketika di sekolah kerja saya hanyalah duduk , makan di belakang dan berbual panjang lebar bersama 2 ekor zirafah yang telah saya pelihara . mereka begitu jinak sekali . aww nama mereka puteri dan hana ataupun hanom ataupun rumpai laut dan seumpamanyaaa . apabila loceng kring kring itu telah menandakan saya akan melantak lagi beberapa minit . saya bersama puteri akan bergegas ke kantin dan membeli bihun sup berharga RM1-RM2 . kemudian saya akan bubuh sambal kicap . dan ketika itulah saya lupa hendak membayar bihun tersebut , maklumlah hanya tahu makan sahaja kerja saya . selepas makan saya pasti akan membeli keropok lekor dan pastinya saya akan berlari lari anak ke mana mana sukahati saya supaya tidak perlu bertugas di kantin . ey saya tidak suka ya dan naik menyampah dengan manusia di situ .
sampai disini sahaja lah coretan klasik yang saya ingin sampaikan . kerana masa tidak mengizinkan disebabkan abang saya telah mendapat message daripada ibu yang kami sayangi yang mengatakan
'along , suruh angah mop and lap habuk dekat tv . jaga rumah , jangan makan adik kome . bye '
begitulah kata katanyaa . sekian :)
#ryena ( orang gaji sepenuh masa datang dari myanmar )

No comments:
Post a Comment